Jeragat adalah sejenis penyakit yang tidak membahayakan kesihatan. Tapi jeragat sangat jelas memberi kesan yang besar kepada keyakinan diri. . Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian kulit muka seperti di dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. . Tompok jeragat berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata. . Bagi yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat berwarna coklat. Manakala kulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. . Bermula saiz bintik kecil lama-lama membesar bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah. Ini menyebabkan wajah kelihatan tidak menarik dan gelap. . Jeragat terjadi apabila melanin dihasilkan secara berlebihan menyebabkan wajah kelihatan berbintik atau lebih teruk lagi bertompok. . Melanin berlebihan ni boleh jadi berpunca dari beberapa perkara, antaranya: .
Terdedah kepada Sinar UV
Kehamilan
Penggunaan pil/ perubahan hormon
Keturunan
Penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia bahaya seperti hydroquinone dan merkuri
. Jeragat, jika tak dirawat dengan segera, ia akan makin merebak dan wajah akan kelihatan bertompok hitam dan wajah akan nampak macam kotor sangat-sangat. . Ambil tindakan segera semasa nampak jeragat masih tak banyak ataupun sebelum jeragat terjadi lagi. . Jaga wajah ketika masih muda remaja lagi. Pastikan sel-sel kulit dihasilkan dengan sihat dan kulit wajah mendapat perlindungan yang baik seawal usia. . Penjagaan rutin kulit secara konsisten sangatlah penting. Untuk mengekalkan kesihatan kulit dan menjauhkan kulit daripada terjadinya sebarang masalah.