Jeragat adalah sejenis penyakit yang tidak membahayakan kesihatan. Tapi jeragat sangat jelas memberi kesan yang besar kepada keyakinan diri.
.
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian kulit muka seperti di dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut.
.
Tompok jeragat berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata.
.
Bagi yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat berwarna coklat. Manakala kulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.
.
Bermula saiz bintik kecil lama-lama membesar bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah. Ini menyebabkan wajah kelihatan tidak menarik dan gelap.
.
Jeragat terjadi apabila melanin dihasilkan secara berlebihan menyebabkan wajah kelihatan berbintik atau lebih teruk lagi bertompok.
.
Melanin berlebihan ni boleh jadi berpunca dari beberapa perkara, antaranya:
.
# Terdedah kepada Sinar UV
# Kehamilan
# Penggunaan pil/ perubahan hormon
# Keturunan
# Penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia bahaya seperti hydroquinone dan merkuri
.
Jeragat, jika tak dirawat dengan segera, ia akan makin merebak dan wajah akan kelihatan bertompok hitam dan wajah akan nampak macam kotor sangat-sangat.
.
Ambil tindakan segera semasa nampak jeragat masih tak banyak ataupun sebelum jeragat terjadi lagi.
.
Jaga wajah ketika masih muda remaja lagi. Pastikan sel-sel kulit dihasilkan dengan sihat dan kulit wajah mendapat perlindungan yang baik seawal usia.
.
Penjagaan rutin kulit secara konsisten sangatlah penting. Untuk mengekalkan kesihatan kulit dan menjauhkan kulit daripada terjadinya sebarang masalah.