1. Home
  2. Blog
  3. Cara Memastikan Hari Berjalan Lancar Sebagai Wanita Berkerjaya

Cara Memastikan Hari Berjalan Lancar Sebagai Wanita Berkerjaya

05 Feb 2026

 

Kalau satu hari nanti kita nampak white board berada di tengah ruang tamu, itu sebenarnya satu isyarat besar tentang KECELARUAN dalaman seorang wanita bekerjaya sebagai tenaga pengajar.

Bagi saya, ia tanda situasi kerja yang sangat serius sedang berlaku.

Ini perkara yang rare. Prinsip hidup saya sejak dulu — terutama bila usia makin matang — jangan bawa kerja ke rumah. Rumah adalah tempat kembali sebagai isteri dan ibu, bukan sebagai pekerja atau pengurus masalah.

Rumah Bukan Sambungan Pejabat

Sejak awal, saya memang tak biasakan diri:

Di rumah, fokus saya jelas:

Anak-anak saya tidak berasrama. Ruang tamu rumah kami adalah tempat:

Sebab itu, bila white board muncul di ruang tamu, suami dan anak-anak terus faham — ibu mereka sedang berada di mood serius tahap tertinggi 😃

Tahun-Tahun Yang Melukakan Jiwa Lara

2024 adalah tahun yang cukup melukakan. Sampai terlintas untuk bersara awal.

2025 pula tahun yang berat — menyelesaikan isu cukai, royalti, dan kesan luka 2024 yang lambat benar sembuhnya 🤭.

Saya sudah:

Dan akhirnya saya berhenti.

Saya berkata pada diri sendiri:

“I am healed. I am powerful. I am happy.”

Ayat itu saya jadikan wallpaper telefon.

Kerana akhirnya, hanya diri sendiri yang mampu bangkit. Orang lain boleh dengar, nasihat, doa, simpati — tetapi kita yang perlu menyusun semula hidup kita sendiri.

Keputusan Untuk Bangkit

Saya buat satu keputusan jelas:

2026 adalah tahun untuk bangkit.
Bangkit daripada semua rasa tidak gembira dalam kerjaya dan bisnes.

Dan memang benar — bila kita benar-benar fokus untuk be better:

semuanya akan mula bekerjasama.

Saya rasa semangat itu tumbuh kembali. Idea penuh di kepala, berselirat seperti wayar. Bukan kerana terlalu banyak, tetapi kerana tidak diluahkan.

White Board Sebagai Alat Terapi Wanita Berkerjaya

Saya beritahu suami, saya perlu keluarkan semua yang berserabut ini.

Suami ambil white board lama yang tak digunakan di ofis NK, tampal kertas putih, dan saya beli marker warna-warni.

Bila semua idea, perancangan, dan kebimbangan saya tulis satu persatu — saya terkejut.

Sebenarnya tak banyak pun. 😃

Di sinilah saya sedar sesuatu yang sangat penting.

Kenapa Wanita Berkerjaya Perlu Menulis?

Sebagai wanita bekerjaya, otak kita sentiasa bekerja:

Bila semua disimpan dalam kepala:

Menulis membantu kita:

Bukan semua perkara besar. Kadang-kadang cuma tidak disusun.

Apa Yang Saya Lakukan Untuk Pastikan Hari Berjalan Lancar

Sebagai wanita bekerjaya, saya pastikan:

  1. Semua perancangan ditulis, bukan diingat
  2. Keutamaan jelas — bukan semua perlu diselesaikan hari ini
  3. Rumah kekal sebagai tempat pulih, bukan medan tekanan
  4. Emosi dijaga sebelum produktiviti

Bila dalaman kita terurus, hari yang sibuk pun boleh terasa lancar.

Saya kongsikan perkara ini kerana saya tahu ramai wanita bekerjaya:

Kalau perkongsian ini sampai kepada hati kita, mungkin itu tandanya — kita juga perlukan ruang untuk menyusun semula diri.

Semoga bermanfaat 🌷