Hari ini saya berfikir, betullah kata seorang sahabat bahawa setiap kesusahan kita pada hari ini adalah sebagai jalan kejayaan di masa akan datang.
.
Ingat lagi 20 tahun lepas, saya struggling untuk menyiapkan Master degree dalam bidang micellar nanotechnology (chemical engineering). Saya malahan pernah berfikir untuk tidak menamatkan pengajian. Tapi saya teruskan juga.
.
Selepas itu setiap langkah perjalanan; menjalani PhD dalam bidang yang sama, melakukan penyelidikan, membina bisnes, memformulasi produk.. bukan calang-calang cabaran yang dihadapi.. Apatah lagi dunia bisnes yang merupakan sesuatu yang amat jauh dari comfort zone saya.
.
Ada perkara yang hanya Allah yang tahu betapa beratnya dugaan yang dihadapi.. Kerana orang yang tidak mengalaminya tidak akan dapat memahami sepenuhnya.
.
Apabila kembali ke masa kini, melihat apa yang ada di depan mata, saya berfikir bahawa inilah hasil kerja keras ketabahan selama ini. Pastilah dengan bantuan banyak pihak dan beberapa orang yang rapat yang sudi bersusahan bersama-sama.
.
Tiada apa yang dikesalkan. Saya amat bersyukur dengan segala-galanya. Kepahitan dan kemanisan semuanya adalah suka duka perjalanan hidup. Lihat semuanya dengan positif, dan semoga Allah terus beri kekuatan untuk terus berusaha melakukan yang terbaik
Dr. Siti Hamidah
Ketua penyelidik formulasi dan pengasas nkagereverse
“ dapatkan info kami di nkagereverse.com”
#nkagereverse
#nkcompleteset
#nkretinolserum
#beutycomplex
#awardwinning